Tentang Kami

Dibina Atas Kepercayaan. Diuruskan Dengan Profesional.

Pure Ocean Enterprise (POE) adalah syarikat kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan SSM, CIDB, MOF dan Suruhanjaya Tenaga.

Pengenalan Syarikat

Pure Ocean Enterprise telah didaftarkan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 13 Februari 2023 dengan nombor pendaftaran 202303040735 (TR0279335-K). Perjalanan pembinaan POE secara rasmi bermula selepas didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 19 April 2024.

Sejak itu, POE terlibat secara langsung dalam projek pembinaan, pengubahsuaian luaran dan dalaman pelbagai jenis kediaman, menaik taraf rumah ibadat, reka bentuk dalaman kafe, serta menyediakan perundingan dan perkhidmatan berasaskan reka bentuk 3D. Kami juga melaksanakan projek penyelenggaraan elektrik dengan tenaga kerja bertauliah Suruhanjaya Tenaga.

POE memberikan kepuasan kepada pelanggan melalui mutu kerja yang berkualiti pada harga berpatutan, sambil memastikan setiap projek yang diamanahkan disiapkan mengikut piawaian tertinggi.

"Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah."

Sejak 2021, kami bergerak aktif dalam industri kecil & sederhana sebagai kontraktor binaan dalam pelbagai disiplin. Pure Ocean Enterprise adalah buah tangan saya kepada masyarakat untuk memenuhi kehendak mereka dengan perkhidmatan profesional dan kualiti yang diakui oleh CIDB, MOF dan badan-badan kerajaan yang lain.

Muhammad Wa'ie bin Zulkafli
Pengarah Urusan, Pure Ocean Enterprise

Visi

Menjadi syarikat kontraktor Bumiputera yang dihormati di Lembah Klang dengan reputasi kualiti, integriti dan inovasi dalam setiap projek.

Misi

Menyampaikan perkhidmatan pembinaan dan pengubahsuaian yang menyeluruh, profesional dan berpatutan untuk pelanggan individu, korporat dan agensi kerajaan.

Objektif

Menyiapkan setiap projek mengikut piawaian tertinggi industri, sambil membangunkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran dan beretika.

Pasukan Pengurusan

Master Mind. Executor. Leader.

Pengarah Urusan
Muhammad Wa'ie bin Zulkafli
Diploma Pengurusan Perniagaan
Pegawai Eksekutif
Muhammad Syafiq bin Abd. Rani
Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
Pengurus Sumber Manusia
Anis Norfarhana binti Suhaimi
Ijazah Sains Perniagaan Tani
Pengurus Kewangan
Fatimah Ayuni binti Zulkifli
Diploma Perakaunan
Pengurus Operasi
Muhammad Ridzwan bin Akoailah
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
Pengurus Projek
Muhammad Sofi bin Zulkafli
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)